Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Juruterbang remaja Belgium cipta rekod dunia penerbangan global solo

    CHARLEROI, BELGIUM, 23 OGOS – Seorang juruterbang remaja Belgium-British berada di landasan yang betul untuk menjadi juruterbang termuda yang terbang mengelilingi dunia secara solo dalam pesawat kecil ketika dia mendarat di selatan Belgium menjelang pengembaraan globalnya yang terakhir.

    Mack Rutherford berusia 17 tahun semasa perjalanan berjaya mendarat di Lapangan Udara Buzet berhampiran bandar Charleroi, tempat dia belajar menerbangkan pesawat kecil. Dia akan mendarat di Bulgaria pada hari Rabu. Matlamatnya adalah untuk menggantikan Travis Ludlow dari Britain, yang berusia 18 tahun ketika dia mencipta rekod pada tahun 2021.

    Rutherford ketika ini menerbangkan pesawat Shark iaitu salah satu pesawat ringan terpantas di dunia dengan kelajuan pelayaran mencecah 300 kph, yang telah dipasang khas untuk perjalanan yang jauh. Pesawat itu menyediakan dua tempat duduk, tetapi tangki bahan api tambahan telah dipasang di sebelah juruterbang muda itu.

    Perjalanan perseorangan Mack yang bermula pada 23 Mac merentasi 52 negara di lima benua. Untuk mematuhi syarat Guinness World Records, laluan itu melintasi khatulistiwa dua kali. Penerbangan itu membawanya melalui Afrika dan rantau Teluk di mana dia berdepan cuaca panas melampau, kemudian ke India, China, Korea Selatan dan Jepun.

    Dari sana, dia menuju ke Alaska dan menyusuri Pantai Barat Amerika Syarikat (AS) ke Mexico. Remaja itu kemudian menuju ke utara semula di sepanjang Pantai Timur AS ke Kanada, merentasi Atlantik melalui Iceland, ke United Kingdom (UK) dan Belgium. – AP

    Juruterbang berusia tujuh belas tahun, Mack Rutherford, bercakap dengan media selepas mendarat di lapangan terbang Buzet di Pont-A-Celles, Belgium. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda