Tuesday, May 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    Juruterbang tidak terlatih didenda darat pesawat

    NEW DELHI, 2 JUN – Lembaga Pengarah Am Penerbangan Awam India (DGCA) mengenakan denda 1 juta rupee India (AS$12,892) ke atas syarikat penerbangan swasta kerana melanggar peraturan keselamatan, kata pegawai pemerhati penerbangan awam hari ini.

    Air Vistara didenda kerana membenarkan juruterbang yang tidak terlatih mendaratkan sebuah pesawat dengan penumpang di dalamnya.

    Pelanggaran peraturan itu dikesan baru-baru ini di sebuah lapangan terbang di tengah negeri Madhya Pradesh.

    “Vistara telah didenda 10 lakhs oleh DGCA kerana melanggar peraturan berlepas dan pendaratan yang diberikan kepada pegawai pertama tanpa menjalankan sebarang latihan,” kata seorang pegawai DGCA kepada media.

    Juruterbang itu, yang merupakan pegawai pertama dalam penerbangan itu, telah mendaratkan pesawat di lapangan terbang Indore baru-baru ini tanpa terlebih dahulu mendapat latihan yang diperlukan dalam simulator.

    “Ini adalah pelanggaran serius yang membahayakan nyawa penumpang di dalam pesawat,” kata pegawai itu.

    Menurut pegawai berkenaan, pegawai pertama dilatih untuk mendaratkan pesawat dalam simulator sebelum dibenarkan melakukannya dengan pesawat sebenar yang mempunyai penumpang di dalamnya. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini...
    - Advertisment -