SINGAPURA, 7 JAN – Ho Weng Toh, juruterbang veteran Flying Tiger, yang pernah membantu China menentang pencerobohan Jepun dalam Perang Dunia II, meninggal dunia di Singapura kelmarin pada usia 103 tahun, menurut laporan media tempatan.
Ho dilahirkan di Malaysia dan belajar di universiti di Hong Kong, China.
The Flying Tigers, secara rasmi dikenali sebagai Kumpulan Sukarelawan Amerika Tentera Udara China yang telah ditubuhkan pada tahun 1941 dan diketuai oleh Jeneral Amerika Syarikat (AS), Claire Lee Chennault untuk membantu China menghalau tentera Jepun yang menyerang.
Selepas pencerobohan Jepun ke Hong Kong, dia menyertai Flying Tigers dan terbang menyertai misi menentang penceroboh sebagai juruterbang pengebom.
Ho menjadi kapten jet penumpang selepas perang dan menerbitkan autobiografinya Memoirs Of A Flying Tiger pada 2019.
Menteri Kanan Singapura, Teo Chee Hean turut memberi penghormatan kepada Ho melalui media sosial. – Xinhua
