Wednesday, May 14, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Juruterbang wanita pertama di dunia

    TANGGAL 21 Jun 1937, satu sejarah baharu tercipta dalam dunia penerbangan apabila Amelia Earhart ditabalkan sebagai wanita pertama yang berjaya merentasi Lautan Atlantik. Bukan itu sahaja, Earhart juga merupakan wanita pertama yang berjaya membuat penerbangan secara solo di dua lautan iaitu Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik.

    Biarpun kejayaan tersebut telah 80 tahun berlalu, namun nama Earhart masih lagi segar dalam ingatan masyarakat dunia. Dilahirkan di Kansas, Amerika Syarikat pada 24 Julai 1897, Earhart menjalani kehidupan yang sukar dan berliku.

    “Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang berpecah-belah. Ibu dan ayah berpisah ketika saya berusia 10 tahun kerana masalah ketagihan arak yang sangat serius. Sejak dari saat itu, saya dibesarkan oleh ibu seorang diri dan menjalani kehidupan secara berpindah-randah,” jelasnya dalam satu petikan temu bual yang disiarkan kira-kira 80 tahun lalu.

    Pergolakan rumah tangga kedua-dua ibu dan bapanya bagaimanapun langsung tidak memberi kesan negatif kepada Earhart. Walaupun terpaksa menjalani kehidupan yang berpindah-randah, namun dia berjaya menamatkan pengajian di Hyde Park High School, Chicago pada tahun 1916, selain menjadi pelajar contoh sekolah tersebut.

    “Minat saya dalam dunia penerbangan bermula pada tahun 1920 ketika berusia 23 tahun. “Kebetulan pada waktu itu, saya menghadiri pertunjukan udara ketika sedang melawat bapa di California. Sejak hari itu, saya mula memasang impian untuk membawa kapal terbang sendiri,” jelasnya.

    Nama Earhart masih lagi segar dalam ingatan masyarakat dunia.
    Nama Earhart masih lagi segar dalam ingatan masyarakat dunia.
    Earhart mula menjalani latihan penerbangan pertama pada 3 Januari 1921.
    Earhart mula menjalani latihan penerbangan pertama pada 3 Januari 1921.
    Ternyata, Earhart memiliki kemahiran yang tinggi dalam dunia penerbangan apabila berjaya memecahkan rekod penerbangan dengan memandu pesawat pada ketinggian 4,287 meter dengan menggunakan pesawat Canary.
    Ternyata, Earhart memiliki kemahiran yang tinggi dalam dunia penerbangan apabila berjaya memecahkan rekod penerbangan dengan memandu pesawat pada ketinggian 4,287 meter dengan menggunakan pesawat Canary.

    Penerbangan pertama

    Earhart mula menjalani latihan penerbangan pertama pada 3 Januari 1921. Walaupun tidak pernah berlatih sebelum ini, namun menurut tenaga pengajarnya, Earhart memiliki kemahiran semula jadi dalam mengemudi kapal terbang.

    Kebolehan tersebut menyebabkan Earhart layak mendapat sijil daripada Federal Aeronautique Internationale pada 16 Mei 1921. Sijil tersebut merupakan langkah awal untuk mana-mana individu sebelum bergelar juruterbang pada masa itu.

    Disebabkan minat itu juga, Earhart sanggup membeli sebuah kapal terbang jenis Kinner Airster yang dipanggil Canary. Ternyata, Earhart memiliki kemahiran yang tinggi dalam dunia penerbangan apabila berjaya memecahkan rekod penerbangan dengan memandu pesawat pada ketinggian 4,287 meter dengan menggunakan pesawat Canary.

    “Pada tahun 1927, juruterbang Charles Lindbergh mencipta sejarah apabila menjadi orang yang pertama membuat penerbangan tanpa henti untuk England. Pada waktu itu, Charles ditugaskan untuk membuat penerbangan merentasi Atlantik, dari Amerika Syarikat.

    “Bagaimanapun setahun kemudian, saya pula ditugaskan untuk membuat penerbangan tanpa henti merentasi Lautan Atlantik seperti yang pernah dilakukan oleh Charles sebelum ini,” jelasnya.

    Terbang seluruh dunia

    Ternyata, penerbangan tersebut belum cukup untuk memuaskan hati wanita tersebut. Disebabkan itu, Earhart mengambil keputusan untuk menjadi wanita pertama yang melakukan penerbangan solo merentasi Lautan Pasifik beberapa bulan selepas menyelesaikan penerbangan merentas Atlantik.

    “Penerbangan secara solo di Lautan Pasifik merupakan satu penerbangan yang berbahaya. Pada waktu itu, awan dan kabus tebal menyebabkan saya sukar mengawal pesawat. “Bagaimanapun, saya bersyukur kerana semuanya berakhir dengan baik dan saya berjaya mendarat dengan selamat,” jelasnya.

    Tidak lama selepas membuat penerbangan merentasi Lautan Pasifik, Earhart mengambil keputusan untuk cuba terbang ke seluruh dunia. Earhart memulakan misi tersebut pada tahun 1935. Bagaimanapun, ketika di dalam penerbangan menuju ke Pulau Howland, Amerika Syarikat, menara kawalan gagal mengesan pesawat yang dipandunya.

    Biarpun operasi mencari kapal terbang Earhart giat dijalankan, namun wanita itu dan pesawatnya gagal ditemui sehingga ke hari ini.

    Misteri apa yang berlaku kepada Earhart masih gagal dirungkai. Biarpun pada tahun 1999, seorang ahli arkeologi Britain mendakwa menemui artifak yang mengandungi asid deoksiribonukliek Earhart di sebuah pulau kecil di Pasifik Selatan, namun bukti tersebut dipertikaikan oleh beberapa individu sehingga hari ini.

    Biarpun misteri kehilangan Earthart masih kekal sehingga abad ke-20, namun wanita tersebut tetap menjadi juruterbang wanita pertama yang berjaya membuat penerbangan solo merentasi Lautan Atlantik dan Pasifik. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/