Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Juruterbang warga NZ dijadikan tebusan di Papua

    JAYAPURA, INDONESIA, 7 FEB – Pemberontak pemisah membakar sebuah pesawat kecil yang membawa enam orang selepas ia mendarat di lapangan terbang terpencil di wilayah Papua yang bergolak di Indonesia dan menjadikan juruterbangnya, seorang warga New Zealand, sebagai tebusan awal hari ini, menurut kenyataan polis dan pemberontak.

    Jurucakap pemberontak, Sebby Sambom, berkata pejuang kemerdekaan dari Tentera Pembebasan Barat Papua, tentera sayap kanan Organisasi Papua Merdeka, menyerbu pesawat itu sejurus ia mendarat di Paro di Nduga, sebuah daerah pergunungan.

    Sambom berkata pejuang, yang diketuai oleh komander kumpulan Egianus Kogeya, membakar pesawat itu dan menculik juruterbang, Philips Max Marthin, sebagai sebahagian daripada perjuangan kemerdekaan mereka. Dia meminta kesemua penerbangan ke Nduga dihentikan.

    “Kami telah menjadikan juruterbang sebagai tebusan dan kami membawanya keluar,” kata Sambom dalam satu kenyataan.

    “Kami tidak akan membebaskan juruterbang yang kami jadikan sebagai tebusan melainkan Indonesia mengiktiraf kemerdekaan Papua daripada penjajahan Indonesia.”

    Sambom tidak memberikan butiran mengenai lokasi juruterbang itu, dan keadaan lima lagi penumpang, termasuk seorang kanak-kanak. – AP

    Sebuah pesawat kecil milik syarikat penerbangan Indonesia, Susi Air. Pemberontak pemisah telah membakar pesawat kecil dan menjadikan juruterbangnya sebagai tebusan.- ANN/The Jakarta Post
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...