Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Justin Bieber bakal gegar KL Oktober ini

    Berita gembira buat peminat Justin Bieber, bintang pop terkenal itu mengumumkan tarikh baharu konsert jelajah Justice World Tour yang akan diadakan di 20 buah negara tahun ini.

    Dalam pengumuman itu, Justin Bieber turut menyenaraikan Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur sebagai lokasi persembahan pada 22 Oktober depan.

    Penyanyi kelahiran Kanada itu dijangka membuat persembahan terbuka di Jakarta, Nagoya, Osaka, Tokyo yang merangkumi 100 hari sehingga tahun 2023.

    Selain negara-negara Asia, penyanyi yang terkenal dengan lagu Anyone itu juga dijangka membuat persembahan konsert istimewanya di hadapan peminat di Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, United Kingdom, Australia, New Zealand, Afrika Selatan dan Timur Tengah.

    Wakil penganjur, PR Worldwide dan AEG yang bertanggungjawab membawa penyanyi itu memberitahu, syarikat itu akan mengambil semua langkah-langkah keselamatan bagi menjamin persekitaran yang selesa dan selamat bukan sahaja untuk kakitangan, artis dan kru malah juga kepada penonton.

    Ujarnya lagi, konsert itu akan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk pengunjung perlu melengkapkan vaksinasi COVID dan tiket dijual secara dalam talian. Tiket dijual bermula 31 Mac depan dengan harga RM288 hingga RM2,088 untuk tiket VIP. – Agensi

    Justin Bieber dijangka membuat persembahan terbuka di Jakarta, Nagoya, Osaka, Tokyo yang merangkumi 100 hari sehingga tahun 2023. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...