Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Justin Bieber dan isteri belum terdesak untuk memiliki anak

    Usia perkahwinan sudah memasuki dua tahun, pasangan selebriti Justin Bieber dan Hailey Baldwin masih belum ada perancangan untuk memiliki anak.

    Memetik laporan Hollywoodlife, Hailey memberitahu biarpun pernah menyimpan hasrat untuk dikurniakan anak awal namun berubah fikiran sebaik sahaja berkahwin.

    “Yang peliknya sebelum ini saya memang teringin sangat nak ada anak awal. Tetapi bila sekarang sudah kahwin, saya tak rasa terdesak pun.

    “Saya seorang gadis yang bercita-cita tinggi dengan banyak perancangan. Ia (anak) akan berlaku tapi bukan sekarang,” kata Hailey.

    Justin berkahwin dengan model Hailey di sebuah lokasi rahsia di New York, Amerika Syarikat pada September 2018. – Agensi

    Justin Bieber dan Hailey Baldwin masih belum ada perancangan untuk memiliki anak walaupun sudah dua tahun sudah mendirikan rumah tangga. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda