Wednesday, February 12, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Justin Bieber kembali berbaik dengan Selena

    SELEPAS meledak dengan single Despacito pada musim panas lalu, Justin Bieber kembali dengan lagu duet.

    Jika Despacito berduet bersama Luis Fonsi dan Daddy Yankee serta berjaya tersenarai dalam Hot 100 selama 14 minggu berturut-turut, kesinambungan menyanyi duet dilakukannya bersama DJ Khaled’s dengan I’m The One.

    Namun, dua bulan lalu Bieber muncul dengan single solo, Friends dan bekerjasama semula bersama BloodPop sebagai penerbit.

    Lagu yang dianggap terbaik buat Bieber itu turut mendapat kerjasama Julia Michaels dan Justin Tranter bertindak sebagai penulis. Lirik video lagu itu berjaya mencatat 48 juta tontonan selepas dimuatnaik di Vevo.

    Peminat Bieber rata-rata menyifatkan single Friends itu dihasilkan ada kaitan dengan bekas kekasihnya, Selena Gomez.

    Single terbaru Justin Bieber, Friends dikatakan memiliki hubung kait mengenai persahabatannya dengan Selena Gomez.

    Mengikut spekulasi yang timbul dalam kalangan peminat, kebanyakannya menganggap lirik single Friends itu merujuk pada Selena.

    Malah ada juga peminat yang menulis komen di laman Instagram (IG) Bieber yang menyimpan harapan supaya hubungan pasangan remaja itu sentiasa dalam keadaan baik-baik saja.

    Bieber dalam kenyataan ringkasnya berkata, biarpun hubungan cinta dijalin sudah berakhir tetapi tidak persahabatan.

    “Saya hanya ingin terus menjadi kawan kepadanya untuk saya terus tahu mengenai dirinya terutama kejujuran.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda