Penyanyi Justin Bieber meluahkan rasa teruja selepas isterinya Hailey selamat melahirkan cahaya mata lelaki.
Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Justin, 30, menerusi satu foto yang dimuat naik di Instagram miliknya pada pagi Sabtu. Justin memilih Jack Blues Bieber sebagai nama anak sulungnya itu.
“Selamat pulang ke rumah. Jack Blues Bieber,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan ucapan tahniah kepada pasangan berkenaan.
“Justin Bieber dah jadi bapa, saya tumpang gembira; Mesti kacak seperti bapa dia! Tahniah Justin dan Hailey; Tahniah! Sangat gembira buat kamu berdua,” antara komen warganet.
Untuk rekod Justin dan Hailey berkahwin pada September 2018 di New York, Amerika Syarikat selepas dua bulan bertunang. – Agensi