Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Justin juara Terbuka Slovenia

    KUALA LUMPUR, 20 MEI – Pemain badminton perseorangan lelaki Malaysia, Justin Hoh merangkul kejuaraan Terbuka Slovenia 2024 malam tadi, hanya dua bulan selepas kembali semula beraksi secara kompetitif setelah berehat lama akibat kecederaan.

    Pemain berusia 20 tahun itu bangkit dari kekalahan set pertama untuk menewaskan pemain Indonesia, Prahdiska Bagas Shujiwo 19-21, 21-11, 21-15 pada perlawanan akhir di Dras Center, Maribor.

    Justin, yang kini menduduki ranking ke-179 dunia, merupakan pemain kedua Malaysia yang merangkul gelaran perseorangan lelaki pada kejohanan itu, selepas kemenangan Ramdan Misbun pada 2013.

    Sebelum itu, atlet kelahiran Kuala Lumpur ini terpaksa berehat selama lapan bulan akibat kecederaan tendon Achilles pada April tahun lalu.

    Tidak lama selepas kembali dari pembedahan, dia mengalami kecederaan lutut kanan pada November, menyebabkan dia terlepas Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024 di Setia Alam pada Februari, yang mengakibatkan ranking dunianya jatuh daripada 50 teratas kepada bawah 200.

    Bagaimanapun, dia berjaya bangkit dan kembali beraksi secara kompetitif dalam Cabaran Antarabangsa Toyota di Thailand dari 26-31 Mac, dan kemudiannya membantu pasukan negara merangkul pingat gangsa Piala Thomas di Chengdu, China, sebelum bertanding di Slovenia. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...