Sunday, July 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Justin Thomas tidak sabar jumpa Tiger Woods

    WASHINGTON, 30 Nov – Pemain Tahunan Jelajah PGA AS, Justin Thomas akan memiliki kerusi ruang keliling apabila Tiger Woods melancarkan aksi kembalinya dalam pertandingan Hero World Challenge di Bahamas.

    Bintang yang semakin menyerlah itu, 24, mendapatkan peluang tersebut. “Dua mencatatkan 79 (kemenangan) dan 14 kejuataan utama,” kata Thomas. “Maksud saya, saya merasa teruja untuk menyaksikannya seperti anda.”

    “Saya mendapatkan barisan kerusi depan hari ini, tetapi saya bersedia cuba untuk memberikannya saingan, sejujurnya untuk meletakkan kesempurnaan.”

    Justin Thomas memukul bola untuk lubang ke-12 dalam kejohanan Golf Hero World, Bahamas. – AP

    Thomas memenangi lima kali dalam pertandingan Jelajah PGA bagi musim 2016-17, memenangi gelaran utama pertamanya pada Kejuaraan PGA dan memenangi mahkota Piala FedEx.

    Woods, sementara itu, meluangkan hampir sepanjang tahun untuk pulih daripada pembedahan belakang keempatnya, pada April lalu.

    Bulan lalu dia mengakui bersalah memandu dalam keadaan cuai, berikutan penahanannya pada Mei lalu apabila polis mendapatinya tertidur dalam keretanya di tepi jalan raya, dan ujian toksikolgi mendedahkan pengambilan perubatan dalam darahnya. Sekarang Woods berkata dia bebas dari kesakitan yang cuba dikuasainya dengan perubatan, dan “suka dengan kehidupan”. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda