Tuesday, February 11, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jutaan bakal jemaah haji menuju ke mekah

    MEKAH, ARAB SAUDI, 23 JUN– Berjuta jemaah menuju Mekah, kota paling suci umat Islam hari ini bagi menunaikan ibadah haji terbesar bermula Ahad ini.

    Lebih dua juta orang dijangka berdepan panas terik di Arab Saudi pada musim haji ini.

    Bakal haji berpakaian jubah putih dan bersandal mula memenuhi kota purba itu dan juga hotel mewah serta pusat beli-belah berhawa dingin selepas turun dari kapal terbang, bas dan kereta api untuk upacara tahunan itu.

    Haji tahun ini adalah salah satu perhimpunan terbesar di dunia, dengan sejarah tragis rempuhan dan bencana lain serta boleh memecahkan rekod kehadiran, kata pegawai kanan kerajaan.

    ”Memandangkan haji semakin hampir, kerajaan Arab Saudi bersiap… untuk perhimpunan Islam terbesar dalam sejarah,” kata Menteri Haji dan Umrah Tawfiq Al-Rabiah dalam video yang diterbitkan oleh kementerian minggu ini.

    Menurut laporan dari Bernama, Timbalan Presiden Pihak Berkuasa Am Pengangkutan Darat dan Logistik Arab Saudi Fawaz bin Zanaf Al-Sahli pihaknya telah melakukan segala persediaan dan penyeliaan ke atas semua bentuk perkhidmatan pengangkutan bagi memastikan keselamatan jemaah haji di Tanah Suci.

    “Kami telah membuat kerja-kerja penyeliaan dan pengawalseliaan ke atas perkhidmatan pengangkutan darat, laut dan landasan kereta api serta memastikan syarikat terlibat mematuhi semua peraturan dan keperluan teknikal demi keselamatan jemaah haji,” beliau dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Arab Saudi (SPA) kelmarin.

    Beliau berkata demikian selepas lawatan pemeriksaan lapangan bersama Menteri Pengangkutan Arab Saudi, Saleh bin Nasser Al-Jasser bagi memantau persiapan kemudahan dan fasiliti untuk jemaah haji tahun ini. – AFP/Bernama

    Bakal jemaah haji Islam menggunakan payung untuk melindungi diri mereka daripada matahari semasa mereka berjalan di kota suci Mekah pada 23 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda