Wednesday, October 16, 2024
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jutaan isi rumah Australia alami ketidakjaminan bekalan makanan

    SYDNEY, 15 OKT – Satu laporan yang diterbitkan hari ini oleh badan amal bantuan kelaparan, Foodbank Australia mendedahkan bahawa jutaan isi rumah di Australia sedang menghadapi masalah ketidakjaminan bekalan makanan yang serius, menurut Xinhua.

    Laporan itu menyatakan bahawa 3.4 juta isi rumah di seluruh negara itu mengalami ketidakjaminan bekalan makanan dalam tempoh 12 bulan lalu. Daripada jumlah itu, dua juta isi rumah mengalami ketidakjaminan bekalan makanan yang teruk.

    Ketidakjaminan bekalan makanan seperti yang ditakrifkan oleh kerajaan Australia, berlaku apabila ketersediaan makanan yang mencukupi dari segi nutrisi dan selamat, atau keupayaan untuk memperoleh makanan secara cara yang boleh diterima secara sosial adalah terhad atau tidak pasti.

    Laporan tahunan Foodbank mendapati 97 peratus isi rumah yang mengalami ketidakjaminan bekalan makanan yang teruk terpaksa melangkau waktu makan atau mengurangkan saiz hidangan, dan separuh daripada orang dewasa yang mengalami ketidakjaminan bekalan makanan yang teruk tidak makan sepanjang hari kerana faktor kos. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda