BEIJING, 14 Feb – Berjuta-juta penduduk di China pulang dengan menaiki kereta api, pesawat dan kereta menjelang Tahun Baharu China.
Penghijrahan manusia bermusim yang terbesar di dunia itu sebenarnya bermula beberapa minggu sebelum perayaan tradisional Cina yang paling penting, sama ada orang kembali ke kampung halamannya atau berkunjung ke destinasi percutian.
Pengendali kereta api negara melaporkan pada Isnin bahawa 98.8 juta penumpang akan menaiki kereta api seluruh negara sepanjang 12 hari pertama bulan Februari. Agensi berita rasmi China Xinhua berkata lebih daripada 1.1 juta dijangka melewati stesen kereta api di Beijing pada hari Selasa dan Rabu sahaja. – AP