Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jutaan rumah di Australia terancam kenaikan aras laut

    CANBERRA, 15 SEPT – Jutaan rumah di Australia bakal terancam akibat kenaikan aras laut, manakala jumlah kematian berkaitan cuaca panas dijangka meningkat lebih dua kali ganda sekiranya pemanasan global melebihi 3 darjah Celsius (3C), menurut laporan kerajaan yang dikeluarkan, hari ini.

    Penilaian Risiko Iklim Kebangsaan (NCRA) pertama Australia yang diterbitkan oleh Perkhidmatan Iklim Australia (ACS) mendapati sebanyak 1.5 juta rumah di pesisir pantai berisiko terjejas akibat kenaikan aras laut menjelang 2050 sekiranya suhu global melebihi 3 darjah Celsius berbanding era pra-industri. Menjelang 2090, lebih 3 juta rumah dijangka berisiko jika andaian itu menjadi kenyataan.

    Di bawah skenario itu, jumlah kematian akibat cuaca panas dijangka meningkat 444 peratus di Sydney dan 259 peratus di Melbourne. Jika pemanasan global dapat dihadkan kepada 1.5 darjah Celsius, kadar kematian berkaitan panas masih meningkat 103 peratus di Sydney dan 60 peratus di Melbourne, menurut laporan itu.

    “Rakyat Australia sudah pun hidup dengan kesan perubahan iklim hari ini, namun jelas bahawa setiap darjah pemanasan yang berjaya kita elakkan kini akan membantu generasi akan datang daripada mengalami impak paling buruk pada masa depan,” kata Menteri Perubahan Iklim dan Tenaga, Chris Bowen dalam satu kenyataan. – Bernama

    Kenaikan aras laut akibat perubahan iklim bakal mengancam 1.5 juta rakyat Australia menjelang tahun 2050, menurut satu laporan penting dikeluarkan kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda