NICE, 27 OGOS – Jim Ratcliffe dari Ineos melengkapkan pengambilalihan Nice semalam, yang mana jutawan petrokimia itu berikrar bagi pelaburan untuk menjadikan kelab itu salah sebuah pesaing dalam Ligue 1 dan Eropah.
Dengan pembelian terbaharunya ini, Ratcliffe, 66 menambah Nice dalam portfolio sukannya, yang termasuk pasukan berbasikal Ineos dan kelab Switzerland, Lausanne–Sport.
Ineos telah diberikan kebenaran sepenuhnya oleh Autoriti Kejohanan Perancis untuk melengkapkan pembelian, yang dilaporkan bernilai 100 juta euro, bersama pemilik Nice dari Sino-Amerika.
“Ia adalah satu perjalanan yang panjang untuk sampai ke sini, tetapi ia unik dan kami berazam untuk melengkapkan pembelian kelab ini.
“Kami sudah meneliti banyak perkara mengenai kelab ini, kami meninjau bagi perniagaan di Ineos, iaitu nilai dan potensi, yang mana Nice memenuhi kesemua kriteria itu.” – AFP