Tuesday, January 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jutawan Australia dipenjara

    SYDNEY, 21 Jun – Seorang pemaju hartanah jutawan berkemungkinan akan menemui ajalnya di penjara selepas dia dijatuhi hukuman penjara hari ini sehingga 39 tahun kerana mengarahkan pembunuhan terhadap bekas rakan perniagaan di pinggiran Sydney.

    Ron Medich, 70, pada April dituduh bersalah mengarahkan pembunuhan terhadap seorang hartawan Scotland yang berusia 78 tahun, Michael McGurk dan melakukan intimidasi terhadap isterinya.

    McGurk ditembak di kepala oleh seorang lelaki bersenjata di hadapan anak muda ketika dia melangkah dari Mercedesnya di pinggir bandar Crgorne.

    Medich dan McGurk terlibat dalam perkongsian hartanah dan pembiayaan berjuta-juta dolar sebelum hubungan menjadi keruh.

    “Mengarahkan dan membiayai pembunuhan terhadap manusia lain adalah kejahatan yang sangat kejam,” kata Hakim Mahkamah Agung New South Wales, Geoffrey Bellew dalam penghakimannya.

    Dia juga menggagap perbuatan Medich menakut-nakutkan Kimberley McGurk kurang dari satu tahun ‘sememangnya kejam’.

    Medich dibicarakan pada tahun lepas tetapi hakim gagal mencapai keputusan dalam kes berprofil tinggi.

    Perbicaraan kedua bermula pada bulan Januari, di mana hakim mendapati dia bersalah atas kedua-dua jenayah. Dia layak untuk membuat parol pada tahun 2048.

    Empat lelaki lain telah dipenjara atas pembunuhan tetapi polis tidak pernah dapat membuktikan siapa yang sebenarnya mencetuskan jenayah tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda