Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jutawan China intai peluang keemasan di tanah Perancis

    DI sebuah kampung yang aman, ThielSur-Acolin, bekas petani, Marc Bernardet masih mempunyai perasaan yang bercampur baur untuk menjadikan jutawan China sebagai jirannya.

    Sejak empat tahun yang lalu, Hu Keqin dengan senyap telah membeli sebanyak 3,000 hektar tanah gandum yang terletak di tengah Indre dan rantau Allier, termasuk tanah bersebelahan dengan jirannya, Marc Bernardet.

    Pembelian Hu itu merupakan salah satu pembelian besar-besaran dalam kalangan penduduk China sejak beberapa tahun ini yang meliputi kawasan dari Amerika Syarikat sehingga ke Australia. Manakala di Perancis, para petani bergelut dengan ketakutan rampasan tanah.

    “Warisan Perancis telah diambil tetapi itu adalah arus globalisasi dan ia merupakan trend terkini yang tidak dapat dinafikan,” kata Bernardet kepada AFP. “Jika ia bukan dari China, ia mungkin daripada orang yang lain,” tambahnya lagi kepada media.

    Ladang itu mungkin akan kelihatan gersang pada musim sejuk tetapi Hu mempunyai impian yang mana ia akhirnya akan menghasilkan sekitar 1,500 tepung untuk pembuat roti Perancis di China, menyediakan bekalan makanan untuk kelas pertengahan yang semakin pesat di China.

    Hu telah berjaya menyediakan sekitar 1,500 tepung untuk pembuat roti Perancis di China, menyediakan bekalan makanan untuk kelas yang semakin pesat membangun. – AFP
    Tanah agri Perancis sangat strategik untuk pelaburan. – AFP

    Namun Hu tetap bersemangat dan menyedari akan kecurigaan terhadap apa yang dihadapi oleh projeknya di Perancis, di mana para petani berkata bahawa hak pemilikan tanah warisan keluarga di dalam ancaman berikutan peningkatan pembelian tanah daripada pelabur luar.

    “Kami sangat mengambil berat dan menjaga sebaik yang mungkin tanah kami dan kami hanya akan mengutamakan penduduk Perancis untuk mengusahakan tanah ini,” kata Hu yang berusia 57 tahun dalam satu temu ramah di pejabatnya di Beijing.

    “Kebanyakan pelabur luar telah membeli tanah di Perancis,” tambah peniaga yang meraih keuntungan sekitar AS$1.22 bilion dalam senarai Majalah Forbes. “Adakah kami agak berbeza dari Jerman atau Inggeris?, bolehkah kita, seperti yang lain, mendorong ekonomi tempatan untuk terus berkembang?,” tambahnya lagi.

    Semangat atau kemurungan

    Pada masa ini, Hu menggelak undang-undang, membeli satu-satu ladang pertanian berbanding membeli secara sekali gus, hampir kesemua ladang pertanian daripada keseluruhannya sekali gus, menghindari peraturan yang membolehkan kerajaan Perancis menyekat jualan tanah ladang.

    Namun Presiden Emmanuel Macron pada Khamis berikrar untuk bertindak keras terhadap pelabur asing yang membeli sebahagian besar tanah Perancis.

    “Tanah agrikultur Perancis adalah pelaburan strategik yang mana kedaulatan kita bergantung kepadanya,” beliau memberitahu sejumlah petani muda di istana presiden.

    “Kita tidak boleh membenarkan beratus-ratus hektar tanah dibeli oleh kuasa-kuasa asing tanpa kita mengetahui tujuan pembeliannya,” katanya.

    Hu, yang telah membelanjakan sekitar 11 juta euro di tanah Perancis, menekankan bahawa perancangannya untuk maju ke hadapan mendapat sokongan dari pihak kerajaan Perancis.

    Kumpulannya, Reward telah meneroka bersama-sama dengan firma Perancis walaupun berlaku kecurigaan dan dialu-alukan oleh kerajaan Perancis yang mengutamakan perkembangan sudut ekonomi negara.

    Roti memang jarang dihidangkan bersama dengan makanan di sebuah negara yang memakan nasi dan juga ladu manakala suasana kilang roti China masih didominasi oleh cita rasa penduduk tempatan. – AFP

    Di pertengahan perancangan Hu untuk menguasai baguette di China ialah pemeteraian rakan kongsi bersama pengeluar besar bijirin Perancis, Axereal untuk menyediakan tepung dan cara-cara untuk membuat roti berkenaan.

    Satu potensi yang besar

    Ia merupakan antara tawaran yang berpotensi besar bersama pihak Perancis, di mana sejak tahun 1995, kumpulan itu telah berjaya membina empayar yang besar meliputi dari produk pembersihan kepada tepung susu.

    Ia merupakan satu penerokaan yang mungkin sekali gus memberikan tawaran import bersama Bel, penghasil keju dan pengeluar daging terbesar Perancis, Bigard.

    Reward telah mengawal penciptaan sabun lavender pada musim panas lalu di kawasan Selatan Perancis, Le Chatelard 1802 dan telah mengadakan perundingan lanjut terhadap perjalanan kilang roti, pemprosesan bijirin dan syarikat kicap.

    Dalam usaha mereka untuk mempelbagaikan dan memperkembangkan asset antarabangsa, konglomerat turut menumpukan perhatian di kawasan Romania dan telah membeli kilang perusahaan kosmetik AS.

    Manakala bagi kilang-kilang roti, mempunyai ramuan yang diimport dari Perancis merupakan satu ketenteraman buat pengguna China selepas beberapa siri skandal makanana. Chez Blandine, telah membuka Kompleks Membeli-Belah Chic Beijing dan direka bentuk oleh arkitek, Zaha Hadid.

    Roti memang jarang dihidangkan bersama dengan makanan di sebuah negara yang memakan nasi dan juga ladu manakala suasana kilang roti China masih didominasi oleh cita rasa penduduk tempatan.

    Namun Hu masih melabur di China untuk mengembangluaskan baguette Perancis susulan lebih ramai penduduk China telah melancong dan bercuti ke benua Eropah.

    “Saya menaruh harapan ke atas generasi yang lahir pada tahun 1980an dan 1990an, yang suka melancong termasuk kanak-kanak dan warga emas agar tabiat pemakanan mereka berubah selepas melancong. Potensinya agak besar,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda