BEIJING, 15 JUN – Pengasas pengilang peralatan dapur terbesar di dunia, Midea Group, telah ditahan sebagai tawanan oleh penceroboh di rumahnya di selatan China namun berjaya diselamatkan oleh polis, lapor berita hari ini.
Polis menerima panggilan malam semalam mengenai penceroboh yang memecah masuk ke rumahnya di Foshan, dekat Hong Kong, kata jabatan polis Foshan dalam akaun media sosialnya. Ia berkata lima suspek telah ditangkap awal hari ini.
Kenyataan polis mengenal pasti mangsa dengan hanya nama He, namun majalah berita perniagaan Caixin, akhbar Beijing News dan saluran berita lain berkata beliau adalah He Xiangjian, pengasas Midea berusia 78 tahun.
Midea berterima kasih kepada polis kenyataan dalam akaun media sosialnya namun tidak memberi pengesahan He Xiangjian terlibat.
Panggilan telefon ke pejabat media Midea tidak berjawab.
Seorang lelaki yang menjawab panggilan telefon di ibu pejabat polis Foshan berkata dia tidak dapat bercakap mengenai kes tersebut.
Kenyataan polis berkata jenayah berlaku di Kampung Junlan Life, yang Caixin katakan sebuah kejiranan vila yang dibina oleh jutawan Midea itu.
Beliau adalah individu keempat terkaya di China dengan nilai bersih 180 bilion yuan (AS$25 bilion), menurut laporan Hurun, yang mengesan kekayaan negara itu. – AP