Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Jutawan Del Vecchio meninggal dunia pada usia 87 tahun

    ROM, 27 JUN – Lelaki kedua terkaya di Itali, tokoh kaca mata Leonardo Del Vecchio, meninggal dunia pada usia 87 tahun selepas membina empayar optik yang menyaksikannya membeli jenama utama seperti Ray-Ban, Persol dan Oakley.

    Del Vecchio ialah salah seorang ahli perniagaan paling berjaya di Itali. Dia telah membina sebuah syarikat antarabangsa dari bawah yang membantu menjadikan cermin mata menjadi aksesori fesyen yang diidam-idamkan dan bernilai tinggi.

    Aset kekayaannya dianggarkan bernilai AS$27.3 bilion, menurut Senarai Jutawan Dunia 2022 Forbes.

    Syarikatnya iaitu EssilorLuxottica mengesahkan kelmarin bahawa dia telah meninggal dunia pada usia 87 tahun.

    Del Vecchio dilaporkan berada dalam rawatan rapi di hospital San Raffaele di Milan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, menurut agensi berita Itali, AGI.

    Dia dilahirkan di Milan pada 22 Mei 1935 dalam keluarga miskin dan telah menghabiskan sebahagian masa mudanya di rumah anak yatim serta mula bekerja ketika mencapai usia remaja.

    Selain itu, Del Vecchio juga merupakan pengasas bagi syarikatnya sendiri, Luxottica, pada tahun 1961 yang membekalkan industri optik dengan komponen-komponen kaca mata.

    Sedekad kemudian, Del Vecchio membuat keputusan strategik bagi mengawal semua bahagian proses pengeluaran. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...