Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jutawan Jepun batalkan pelayaran SpaceX

    TOKYO, 2 JUN – Jutawan Jepun, Yusaku Maezawa kelmarin berkata dia telah membatalkan perjalanannya mengelilingi bulan menggunakan roket SpaceX, perjalanan yang sepatutnya melibatkan kru yang terdiri daripada artis, kerana kelewatan dalam pembangunan.

    Maezawa mengumumkan pada 2018 misi orbit bulan ‘dearMoon’, mengembara dengan roket Starship SpaceX, yang dijadualkan berlangsung menjelang akhir 2023.

    Bagaimanapun, laman web dearMoon berkata pada bulan November projek itu akan ditangguhkan “disebabkan pembangunan Starship yang sedang berjalan”.

    Maezawa berkata di platform media sosial X kelmarin, misi itu kini telah dibatalkan.

    “Pada ketika ini, tidak ada prospek yang jelas bila kami akan dapat berlepas. Saya tidak boleh merancang kehidupan saya sendiri dan saya berasa kesal kerana membiarkan anak kapal lain yang saya jemput menunggu, jadi saya memutuskan untuk membatalkannya selepas berfikir lama,” katanya.

    “Saya memohon maaf kepada mereka yang telah menantikan” projek itu, kata Maezawa.

    Satu kenyataan di laman web dearMoon berkata tiada jadual yang jelas selepas pelancaran 2023 menjadi “tidak dapat dilaksanakan”, dan “dengan berat hati Maezawa membuat keputusan yang tidak dapat dielakkan untuk membatalkan projek itu”. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda