MILAN, 31 OGOS – Mosie Kean akan menjadi penyelesaian bahagian serangan Juventus pasca Ronaldo selepas penyerang Itali itu melengkapkan perpindahan dari Everton hari ini.
Kean, 21, kembali bersama kelab di mana dia memulakan karier profesional sebagai graduan akademi dengan perjanjian pinjaman selama dua tahun dan akan bertukar menjadi perpindahan kekal dengan yuran pembayaran dilaporkan 20 juta euro, tertakluk kepada beberapa keadaan yang dipenuhi.
“Moise kini kembali menyertai kami secara pinjaman,” menurut akaun Twitter Juventus.
Juventus mengumumkan langkah tersebut sementara mengesahkan pemergian pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali, Ronaldo, yang akan menyertai bekas kelabnya, Manchester United.
Juve menjual Kean kepada Everton pada musim panas 2019 selepas berjaya mengukuhkan kedudukan di Serie A namun gagal menyerlah di England dan musim lalu dipinjamkan ke Paris Saint-Germain.
Dia berjaya menjaringkan 17 gol dalam 41 penampilan untukpasukan Perancis tersebut, namun terlepas gelaran Ligue 2 kepada Lille dan tersingkir daripada Liga Juara-Juara oleh Manchester City. – AFP
