MILAN, 29 SEPT – Cristiano Ronaldo kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan untuk membantu Juventus menewaskan SPAL 2-0, sekali gus meletakkan Juve dua mata di belakang Inter.
Ronaldo meledakkan gol ketiga berturut-turut di laman sendiri musim ini selepas minit ke-78 di Turin, menggandakan jaringan pembukaan menerusi Miralem Pjanic sebelum rehat.
Bintang Portugal itu direhatkan dalam aksi pertengahan minggu menentang Brescia sebagai langkah berwaspada menjelang saingan Liga Juara-Juara menentang Bayer Leverkusen dan menentang Inter minggu depan.
“Inter? Saya masih belum melihat mereka bermain musim ini,” kata jurulatih Juventus, Maurizio Sarri.
“Saya dengar mereka bermain dengan baik, tetapi saya memang tidak meraguinya memandangkan siapa jurulatih mereka.”
Sarri berpuas hati dengan pilihan di bahagian serangannya menjelang perlawanan kedua mereka di Eropah selepas seri 2-2 kepada Atletico Madrid sebelum ini.
“Dybala penting untuk kami, Cristiano berbahaya, dia telah mencipta tiga atau empat peluang. Dan jangan lupakan (Gonzalo) Higuain,” kata Sarri. – AFP
