ROM, 25 OGOS – Jonathan David memulakan karier Serie A dengan jaringan gol kelmarin, meledak gol pembukaan dalam kemenangan mudah Juventus 2-0 ke atas Parma.
Penyerang Kanada itu menolak masuk hantaran rendah Kenan Yildiz pada minit ke-59 untuk membawa Juve ke arah tiga mata di Allianz Stadium, Turin.
Pemain berusia 25 tahun itu dibawa masuk sebagai ejen bebas bagi menguatkan serangan yang sebelum ini kerap mengecewakan di bawah Dusan Vlahovic dan David menunjukkan naluri penyerang yang menjadikannya wira di Lille.
Namun, Vlahovic, yang dilaporkan berada dalam senarai perpindahan Juve, memastikan kemenangan menjelang penghujung perlawanan yang hambar apabila menolak bola dari jarak dekat pada enam minit terakhir.
Sementara itu, Gianluca Scamacca menjaringkan gol pertamanya selepas lebih setahun apabila Atalanta seri 1-1 dengan Pisa yang baru dinaikkan ke liga dalam perlawanan liga pertama di bawah jurulatih baharu Ivan Juric.
Terdahulu, Como memberi isyarat untuk musim Serie A yang mantap lagi selepas menewaskan Lazio 2-0 dengan persembahan tipikal kelab yang sedang meningkat naik di bawah Cesc Fabregas. – AFP


