ROM, 28 FEB – Cristiano Ronaldo berjaya meledak gol ke-19 untuk kempen ini tetapi pasukan juara bertahan, Juventus terpaksa berpuas hati mencatat keputusan seri 1-1 di Hellas Verona semasa pertemuan di Serie A, kelmarin.
Keputusan tersebut memberikan Inter Milan peluang untuk menjarakkan jurang mata kepada 10 di hadapan Juventus apabila mereka bermain menentang pasukan pertengahan, Genoa di San Siro hari ini.
Juventus kini berada di tangga ketiga dan tiga mata di belakang AC Milan, di tempat kedua, yang akan bertandang ke Roma, dua mata mengejar pasukan juara bertahan di kedudukan keempat, hari ini.
“Kami berjaya meraih pendahuluan, yang mana sangat sukar diraih, sangat kesal kerana tidak dapat mempertahankan kedudukan,” kata jurulatih Juve, Andrea Pirlo.
Pasukan bimbingan Pirlo dihukum atas ketiadaan ramai pemain mereka dan bahagian pertahanan yang dirombak dengan Leonardo Bonucci dan Giorgio Chiellini disisihkan kerana kecederaan dan Danilo digantung perlawanan.
Juve turut tidak beraksi tanpa Juan Cuadrado, Arthur dan Paulo Dybala kerana kecederaan sementara Alvaro Morata menjalani pemulihan dari jangkitan virus.
“Kami kekurangan pemain berpengalaman, kami menurunkan ramai pemain muda di atas padang dan terdapat butiran yang mereka masih belum memahami,” jelas Pirlo.
“Saya bertanya kepada Ronaldo dan Alex Sandro memberi arahan kepada mereka, tetapi ia tidak mencukupi.
Penjaga gol Juve, Wojciech Szczesny dan tiang gol telah menyelamatkan Juve beberapa minit sebelum tamat perlawanan di Stadio Bentegodi menerusi tandukan Davide Faraoni.
Ronaldo memecah kebuntuan empat minit selepas waktu rehat selepas gerakan menarik bersama rakan sepasukan Federico Chiesa untuk menjaringkan gol.
Aaron Ramsey terlepas peluang untuk meraih gol kedua sebelum satu jam perlawanan, selepas Dejan Kulusevski membuat hantaran ke belakang namun pertahanan Verona berjaya menutup ruang. – AFP