MILAN, 29 NOV – Juventus sekali lagi menunjukkan kebergantungan mereka kepada Cristiano Ronaldo selepas berakhir dengan seri 1-1 pada perlawanan semalam menentang Benevento ketika Juve beraksi tanpa bintang Portugal itu.
Keputusan seri kali ke-5 dalam sembilan perlawanan liga menyaksikan skuad bimbi-ngan Andrea Pirlo menduduki tangga kelima, tiga mata di belakang pendahulu Serie A, AC Milan. Ronaldo tidak beraksi selepas menjaringkan gol ketika Juventus melakar kemenangan 2-1 ke atas Ferencvaros, Selasa lalu sekali gus mengesahkan tempat ke pusingan kedua Liga Juara-Juara.
“Setiap pasukan amat perlukan Ronaldo, malah di Real Madrid dia menjaringkan ba-nyak gol,” kata Pirlo.
“Dia pemain yang penting dan yang luar biasa apabila dia membantu pasukan untuk meraih kemenangan. Tapi meskipun tanpa Ronaldo, kami perlu beraksi dengan baik untuk menang.”
Alvaro Morata dan Paulo Dybala bergandingan di posisi serangan selepas ketiadaan Ronaldo dengan Pirlo menyatakan pemain itu tidak diturunkan kerana kepenatan.
“Ronaldo berdepan sedikit masalah dan dia mahu beraksi pada mana-mana perlawanan di Liga Juara-Juara.
“Dia sudah beraksi banyak kali bersama skuad kebangsaan. Adalah sesuatu yang normal merasa penat dan mahu berehat,” kata Pirlo. – AFP
