Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Juventus kembali ke puncak liga

    ROM, 29 OKT – Juventus yang sedang dipalit masalah kini kembali mendahului Serie A buat kali pertama dalam tempoh lebih tiga tahun.

    Pemain gantian, Andrea Cambiaso menjaringkan gol tujuh minit pada masa kecederaan untuk gol pertamanya bersama Juventus sekali gus membantu juara Itali 36 kali itu menang 1-0 ke atas pasukan pelawat, Hellas Verona kelmarin.

    Setelah mengawal keseluruhan permainan, Juventus akhirnya menemui sasaran apabila Cambiaso merembat bola dari jarak dekat selepas percubaan Arkadiusz Milik terkena tiang.

    Juventus, yang memenangi sembilan kejuaraan berturut-turut antara 2012 dan 2020, berada di tempat pertama pada 1 Ogos 2020 — lebih daripada 1,183 hari yang lalu dan setelah hampir 125 perlawanan — di bawah kendalian Maurizio Sarri.

    “Ini adalah tiga mata penting yang menambah kesinambungan selepas perlawanan di Milan,” kata jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri, merujuk kepada kemenangan 1-0 di Milan hujung minggu lalu.

    Bagaimanapun, kedudukan puncak boleh berubah hari ini apabila kedua-dua kelab Milan mempunyai peluang untuk kembali mendahului Juventus.

    Inter Milan, yang ketinggalan satu mata di belakang Juventus, menjadi tuan rumah kepada Roma dan bekas penyerang Nerazzurri, Romelu Lukaku. Manakala AC Milan, yang ketinggalan dua mata, melawat juara bertahan Napoli.

    Juventus mendominasi perlawanan kelmarin tetapi dua gol Moise Kean telah dibatalkan selepas disemak semula oleh VAR — gol yang pertama dibatalkan kerana ofsaid dan yang kedua kerana kekasaran oleh penyerang Bianconeri itu.

    Selain usaha Kean, pemain gantian Juventus, Federico Chiesa melakukan rembatan berbahaya yang ditepis melepasi palang oleh penjaga gol Verona, Lorenzo Montipo dan kemudian kapten Verona, Davide Faraoni menyelamatkan satu lagi percubaan Chiesa dari garisan. – AP

    Aksi Kean semasa perlawanan antara Juventus dan Hellas Verona di Stadium Allianz, Turin, Itali pada 28 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...