MILAN, 31 Dis – Dua gol menerusi Paulo Dybala memastikan Juventus terus memberi tekanan pendahulu Serie A, Lazio yang hanya berkelebihan satu mata di depan selepas membenam cabaran Verona 3-1 sekali gus menjarakkan kedudukan dengan tiga pasukan di belakang Milan, Roma dan Lazio.
Tonggak tengah Juventus, Blaise Matuidi tidak menunggu lama untuk meletakkan pelawat di depan seawal minit keenam sebelum tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan 1-1 hasil sentuhan Martin Caceres di minit ke-59.
Bagaimanapun, pelawat yang hadir dengan status juara bertahan kembali menguasai perlawanan menerusi dua gol Dya
bala pada minit ke-72 dan 77 sekali gus menyaksikan dirinya kini merekodkan 14 gol dalam kempen liga.
“Kita semua tahu ia bukan suatu persembahan terbaik kami,” kata jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri.

“Kami meletakkan kemenangan dalam risiko selepas permulaan yang baik pada awalnya, namun kami agak leka dan akhirnya membuat kesilapan yang mengundang kepada gol penyamaan lawan.
“Mujur kami berjaya bangkit dan kesilapan-kesilapan itu harus diperbaiki kerana kita baru mengharungi separuh perjalanan dengan memiliki baki 19 aksi untuk dihabiskan musim ini.
“Kemenangan ini cukup bermakna bagi membolehkan pasukan terus menghimpit Napoli yang dilihat memperagakan aksi amat baik ketika ini,” katanya.
Sementara itu, Napoli yang meraih kemenangan 1-0 ketika menewaskan Crotone Jumaat lalu memimpin carta liga dengan 48 mata daripada 19 aksi setakat ini.
Pemegang rekod jaringan Napoli, Marek Hamsik sekali lagi menjaringkan gol buat Napoli dalam perlawanan tersebut sekali gus pendahulu liga itu dinobatkan sebagai juara musim sejuk.
Ia merupakan gol ke-117 untuk pemain antarabangsa Slovakia yang baru sahaja mengatasi rekod Diego Maradona sebagai penjaring terbanyak kelab sepanjang zaman.
Pasukan kendalian Maurizio Sarri mengakhiri tahun 2017 dengan sekali tewas dalam 19 perlawanan.
“Ia adalah penting untuk mengutip tiga mata,” kata Hamsik. “Tetapi gelaran (Juara Musim Sejuk) adalah tidak memberikan apa-apa. Kini kami berada di landasan yang selesa dan kami mahu menghuni persada liga pada akhir musim ini.”
“Statistik tidak membawa maksud apa-apa,” tambah Sarri, Napoli merupakan satu-satunya kelab dalam lima liga teratas Eropah yang memiliki rekod tanpa kalah di tempat lawan.
Serie A buat pertama kalinya beraksi semasa musim perayaan dalam tempoh 30 tahun, pemain Napoli menunjukkan petanda keletihan di mana Dries Mertens dan Lorenzo Insigne terlepas beberapa peluang.
Napoli hampir menggandakan jaringan tetapi peluang depan gol disia-siakan begitu sahaja sementara penjaga gol Crotone Alex Cordaz menyelamatkan rembatan daripada Amadou Diawara dan Jose Callejon.
Pengurus Napoli memuji aksi Allan dalam perlawanan malam itu. “Saya rasa Allan layak diberikan peluang untuk menyarung jersi Brazil,” kata Sarri.
Selepas keputusan semalam, Crotone kekal berada dalam kedudukan ketiga dari bawah selepas mengalami kekalahan ke-12 dalam 19 perlawanan.
Napoli kini memiliki kelebihan satu mata mengatasi Juventus, Inter Milan di tangga ketiga. – AFP