Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Juventus pecat Pirlo selepas semusim

    ROM, 28 MEI – Juventus telah memecat jurulatih Andrea Pirlo selepas semusim mengendalikan kelab, kelab Turin itu mengumumkan hari ini.

    Kelab mengeluarkan kenyataan bertajuk ‘Semoga berjaya, Andrea Pirlo’ setelah semusim yang mana Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukannya kehilangan gelaran Serie A kepada Inter Milan dan tersingkir dari kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara.

    “Pirlo memulakan langkah pertama yang mana tanpa sangsi akan menjadi karier cemerlang sebagai seorang jurulatih,” menurut kenyataan dikeluarkan Juventus.

    “Perjalanan transformasi dan sering kali menguruskan pasukan untuk membawa idea dan pengalaman sebagai seorang juara di atas padang kepada seorang jurulatih.”

    Bekas pemain tengah, yang menikmati banyak kejayaan bersama AC Milan dan Juventus, memacu gergasi Turin untuk menjuarai Piala Itali dan Piala Super Itali dalam tempoh singkatnya sebagai pengurus.

    Tetapi gagal mengecap matlamat utama memenangi Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 1996, disingkir oleh Porto dan terlepas peluang memenangi Scudetto buat kali ke-10 berturut-turut.

    “Musim pertama saya sebagai pengurus telah berakhir,” tulis Pirlo dalam Instagramnya. “Pengalaman yang mencabar dan rumit tetapi cukup indah.” – AFP

    Juventus telah memecat Andrea Pirlo selepas semusim menguruskan gergasi Turin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda