MILAN, 3 Feb – Claudio Marchisio yang kembali cergas mungkin terpaksa berada di bangku simpanan terlebih dahulu apabila skuad Massimiliano Allegeri yang berwajah baru mahu meneruskan perlawanan tanpa kalah Juventus kepada 27 perlawanan di tempat sendiri menentang Inter Milan awla pagi Isnin.
Allegri kini menerima kembali Marchisio dan pemain pertahanan Andrea Barzagli daripada kecederaan yang memperlahankan usaha mereka merekodkan kejuaraan Serie A buat kali keenam berturut-turut.
Selepas hanya tewas dua kali dalam tempoh dua bulan yang sukar, gergasi Turin itu akan menerima kunjungan skuad Inter yang dikendalikan Stefani Piolo, dengan membawa bekal kelebihan empat mata di depan pasukan di tangga kedua, Roma dan kelebihan satu perlawanan di tangan.
Meskipun Marchisio dilaporkan cergas untuk bermain, tetapi dia mungkin tidak diperlukan dengan segera.
Juventus telah bermain dengan garang dalam tiga perlawanan kebelakangan ini, kesemuanya menang, di mana Allegri menukar formasi yang disukainya 3-5-2 kepada lebih menyerang 4-2-3-1.

Meskipun Juve telah ditewaskan ketika kekalahan 2-1 di Fiorentina beberapa perlawanan yang lalu, penyerang Gonzalo Higuain telah menjaringkan enam kali dalam lima perlawanan kebelakangan ini.
Dalam tiga perlawanan terakhir, penyerang Argentina itu telah memanfaatkan sokongan Juan Cuadrado, Paulo Dybala dan Mario Mandzukic.
Dan dengan Sami Khedira dan Cuadrado menawarkan fleksibiliti di bahagian tengah, Allegri dijangka menurunkan barisan yang sama nanti. – AFP