Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Juventus tundukkan Sampordia

    MILAN, 13 MAC – Adrien Rabiot memastikan Juventus meneruskan usaha mereka menguasai bola sepak Eropah dengan dua jaringan penentu kemenangan tipis 4-2 pasukannya dalam Serie A ke atas Sampdoria.

    Pemain tengah Perancis, Rabiot meletakkan Juve dua gol di depan dengan tandukan pada separuh masa pertama, kemudian meledak mereka kembali di hadapan pada minit ke-64 selepas Sampordia mengejutkan penonton tuan rumah melalui menyamakan kedudukan dengan dua gol pantas daripada Tommaso Augello dan Filip Djuricic.

    Pemain muda, Matias Soule menjaringkan gol pada minit kecederaan untuk memastikan kemenangan cantik ke atas Sampordia yang tercorot dan 12 mata dari kedudukan selamat.

    Rabiot hampir meninggalkan Juve pada musim panas tetapi dia telah menjadi pemain penting dalam pasukan Massimiliano Allegri, dengan dua golnya menjadikan gol liganya kepada tujuh dan membantu kelab gergasi Turin itu meraih empat mata dari liga Eropah.

    Juventus di tempat ketujuh dengan 38 mata, mempertikaikan penalti 15 mata untuk kegiatan perpindahan terlarang dan mereka akan berada di tempat kedua sekiranya rayuan mereka berjaya.

    Meskipun tanpa kelibat beberapa nama besar, termasuk Paul Pogba yang mengalami kecederaan semasa sesi latihan kelmarin, Juventus kelihatan bersedia untuk menentang Sampordia apabila tandukan dari Bremer dan Rabiot memberikan kelebihan dua gol di depan pada pertengahan separuh masa pertama.

    Tetapi dua gol dalam masa lebih seminit mengejutkan penyokong tuan rumah, dengan Augello menjaringkan gol pertama Sampordia pada minit ke-31 sebelum Djuricic menyamakan kedudukan hasil daripada hantaran rendah Alessandro Zanoli.

    Rabiot kemudian melangkah masuk dengan gol utama, tetapi Sampordia mempersoalkan gol itu kerana menganggap pemain berusia 27 tahun itu menggunakan tangan untuk mengawal bola. – AFP

    Reaksi Adrien Rabiot (tengah) bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol keduanya, semasa perlawanan bola sepak Serie A di Stadium Juventus, Turin, Itali. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda