MILAN, 28 Sept – Carlo Ancelotti menghadapi cabaran besar pertamanya untuk memburu impian gelaran bagi Napoli musim ini apabila dia bertembung bekas kelabnya Juventus esok dalam saingan pasukan teratas yang akan memberi peluang untuk mereka menyamakan kedudukan bersama juara itu.
Skuad kendalian Ancelotti ketinggalan tiga mata di belakang Juventus yang mencatatkan rekod 100 peratus selepas enam perlawanan.
Ancelotti, yang membimbing Juventus dari 1999 hingga 2001 sebelum meninggalkan kelab itu untuk bersama AC Milan setelah mengambil alih tugas itu daripada Maurizio Sarri, musim lalu.
Dia telah mengukuhkan kedudukannya bersama pasukan itu dengan hanya satu kekalahan, tewas 3-0 kepada Sampdoria, dalam kempen pertamanya di Itali sejak 2009.
“Saya memilih untuk datang ke Napoli kerana ghairah terhadap bandar raya dan projek kelab itu. Kami cuba untuk menukar sesuatu dan ia membuahkan hasil dengan baik,” kata Ancelotti ketika kelab itu menyasarkan gelaran pertama sejak kegemilangan Diego Maradona pada 1990.

Biarpun statistik memihak juara itu, Napoli berada di kedudukan teratas di Stadium Allainz pada April lalu menerusi tandukan daripada Kalidou Koulibaly bagi memastikan kemenangan 1-0 dalam memburu gelaran Scudetto terbuka.
Kejayaan itu telah memastikan kemenangan Juventus untuk kali ketujuh berturut-turut.
Ia adalah pertemuan ke-145 di antara kedua-dua pasukan berkenaan dan yang ke-73 di Turin, di mana pasukan tuan rumah itu menang 44 kali, berbanding Napoli hanya lapan kali.
“Pertembungan itu selalunya sukar,” kata jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri.
“Kali ini Ancelotti menukar ketenangannya kepada pasukan dan semua orang memanfaatkannya. Ya, mereka adalah pesaing kami buat masa sekarang.” – AFP