Juventus ungguli Kumpulan H

TURIN, ITALI, 9 DIS – Juventus melengkapkan saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menerusi kemenangan 1-0 ke atas Malmo sekali gus membolehkan mereka layak ke pusingan 16 terakhir sebagai juara Kumpulan H.

Skuad Massimiliano Allegri menewaskan Chelsea untuk meraih kedudukan itu selepas Moise Kean menanduk masuk gol tunggal perlawanan dan Chelsea melepaskan gol penyamaan ketika terikat 3-3 betemu Zenit Saint Petersburg.

Malmo menamatkan saingan di kedudukan terbawah dengan hanya memungut satu mata selepas penyerang Itali, Kean meledak pada minit ke-18 yang juga gol pertamanya dalam Liga Juara-Juara buat Juve.

Gol itu memberikan Juve 15 mata daripada enam saingan peringkat kumpulan, dua mata melebihi Chelsea yang juga sudah layak ke pusingan kalah mati.

Ketika ditanya sama ada dia mahu mengelak berdepan pasukan lamanya, Paris Saint-Germain (PSG) pada pusingan berikutnya, Kean berkata: “Juventus tidak takut kepada sesiapa, kami pasukan yang hebat dan bersedia menentang sesiapa sahaja.”

Allegri menggunakan barisan kedua yang menampilkan pemain berusia 19 tahun, Koni De Winter di barisan pertahanan, kurang yakin dengan pasukannya selepas melihat saingan disifatkan mengecewakan.

“Ia perlawanan sukar dan kami berupaya mendahului lebih awal tetapi kami tidak boleh membunuh perlawanan,” kata Allegri. – AFP

Aksi Moise Kean (kanan) semasa menanduk masuk gol pembukaan pasukannya dalam perlawanan Liga Juara-Juara di antara Juventus dan Malmo di stadium Allianz di Turin, Itali pada 8 Disember. – AP