Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    JUZWAB perlu praktik tadbir urus yang baik

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JULAI – Jabatan Urusan Zakat, Wakaf dan Baitulmal (JUZWAB) perlu mempraktikkan tadbir urus yang baik, selain mustahak untuk membarigakan pencapaian yang telah dicapai oleh JUZWAB.

    Selain itu, kriteria kelayakan penerima zakat daripada golongan tertentu perlu dikemas kini dan dihadapkan kepada jawatankuasa pandu yang disokong.

    Perkara tersebut ditekankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah Baginda semasa mengadakan mengadakan lawatan tidak berjadual ke Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) Jalan Dewan Majlis, pagi tadi. 

    “Dasar-dasar peraturan pengendalian zakat hendaklah dikemas kini supaya tidak mudah untuk dieksplotasi. Jangan ada ruang untuk penyelewangan dalam mengagihkan zakat,” tegas Baginda.

    Baginda turut meminta JUZWAB agar sebarang masalah komunikasi yang kurang cekap di semua peringkat untuk diperbaiki supaya tidak menjadi penghalang kepada pencapaian matlamat dan kemajuan JUZWAB.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan titah semasa mengadakan lawatan tidak berjadual ke KHEU Jalan Dewan Majlis, hari ini.

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Rabu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda