Guru pop korea, Park Jin-young yang juga dikenali sebagai JYP, merupakan pengusaha JYP Entertainment Corporation di Korea Selatan. Dia juga seorang penyanyi, pencipta lagu, penari dan penerbit rakaman yang terkenal yang satu-satunya penerbit dari Asia berjaya menembusi pasaran Amerika.
Pada minggu lalu, JYP telah mengisi masanya dengan mengajar menari kepada seorang peminatnya, remaja yang menghidapi penyakit leukemia sebagai sebahagian daripada kempen sumbangan kepada sosial atas kehendak sendiri.
Dia adalah remaja yang kedua dalam kempen JYP ‘setiap cita-cita adalah penting’ di mana dia telah melancarkan kempen tersebut bersama ‘Make a Wish Korea’ termasuk dengan membawa seorang lagi pesakit leukemia yang telah dijemput ke konsert GOT7 pada bulan lepas untuk melihat secara dekat.
Di bawah bimbingan JYP, Kim akan menyanyi atau menari lagu ITZY Dalla Dalla lagu Justin Beiber, Love yourself. Selepas latihan, kedua-duanya makan tengah hari bersama dan pada masa yang sama JYP telah menasihati Kim cara-cara melatih dirinya untuk menjadi penyanyi yang profesional. – Agensi
