Monday, October 28, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    K-Clique minta maaf kepada Tuju

    Penyanyi dan pelakon, MK K-Clique, 27, tidak kesal keputusan sahabatnya, Tuju mengundurkan diri daripada kumpulan rap popular itu.

    MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, dia mahu memohon maaf kepada Tuju sekiranya ada kekhilafan dilakukannya atau anggota K-Clique yang membuatkannya tersinggung.

    “Sebelum ini, saya ada terdengar Tuju mengesahkan sudah keluar K-Clique, tetapi saya tak ingat di mana. Bagi saya, kami sudah seperti adik beradik dan keluarga.

    “Jadi, Tuju boleh keluar dan masuk sebab hubungan kami seperti adik beradik. Kalau ada perselisihan, kami selesaikan secara dalaman.

    “Mungkin saya ada lakukan kesalahan, jadi saya terbuka minta maaf.

    K-Clique sudah hidup bersama sejak zaman susah, tiada nama dan sekarang, diberikan rezeki jadi popular hingga ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. – Agensi

    “Saya juga mewakili anggota K-Clique mahu minta maaf kalau Tuju tersinggung atau terasa hati.

    “Sejujurnya daripada hati, saya minta maaf. Semua anggota K-Clique adalah keluarga, kami akan sentiasa bawa nama K-Clique.

    “Sebab itu, ada nama K-Clique di belakang MK,” katanya kepada BH Online.

    Mengulas sama ada menantikan kepulangan Tuju, MK berkata, tidak ubah seperti keluarga, jadi tangan sentiasa terbuka menyambut keha-diran ahli keluarga.

    “Kami adalah keluarga, nama sentiasa dalam hati dan doa. Jadi, nak jangka dan tunggu Tuju kembali mungkin tidak, tetapi apapun berlaku, kami tetap keluarga.

    “K-Clique juga seperti kumpulan lain pastinya ada reunion, tetapi buat masa ini, mungkin Tuju sedang melakar perjalanan kerjayanya, jadi saya sentiasa sokong dan mendoakannya, insya-Allah.

    “Kami perlu respek privasi dan pendirian setiap anggota K-Clique,” katanya yang ditemui pada majlis pengiktirafan Malaysia Book of Records di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, petang kelmarin.

    MK mengakui, dia merindui momen bersama K-Clique. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda