KUALA LUMPUR, 19 MEI – Atlet Kabaddi dan pegawai daripada Malaysia akan mendapat manfaat daripada usaha India dan Persekutuan Kabaddi Antarabangsa (IKF) dalam mempromosikan sukan itu ke Sukan Olimpik.
Sebagai sebahagian daripada promosi dan pembangunan sukan kabaddi, Pihak Berkuasa Sukan India (SAI) baru-baru ini menganjurkan siri Program Pembangunan Jurulatih secara dalam talian untuk kabaddi dari 27 April sehingga 14 Mei.
Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan Persatuan Kabaddi Malaysia (KAM) Ravindran Duraisamy berkata, kira-kira 500 rakyat Malaysia telah mendapat manfaat daripada webinar tersebut, dengan bahan-bahan telah dikongsikan melalui platform WhatsApp dan YouTube kepada keluarga kabaddi.
“Webinar tersebut amat berguna, ia satu kursus terbuka untuk semua orang, jadi kami (KAM) mengedarkan informasi tersebut kepada ahli-ahli, jurulatih, pemain atau pegawai.” – Bernama