Sunday, July 7, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Kabinet baharu Mesir angkat sumpah

    KAHERAH, 3 JULAI – Kabinet baharu Mesir mengangkat sumpah di hadapan Presiden Abdel-Fattah al-Sisi, di Istana Al-Ittihadiya di ibu negara Mesir, Kaherah, pada Rabu, lapor Xinhua, memetik stesen televisyen kerajaan Nile TV.

    Sebelum upacara angkat sumpah, al-Sisi menaikkan pangkat Abdel-Maguid Sakr kepada Leftenan Jeneral dan melantiknya sebagai Menteri Pertahanan dan Pengeluaran Tentera, menggantikan Mohamed Zaki.

    Kabinet baharu ini diketuai oleh Perdana Menteri Mostafa Madbouly, yang telah memegang jawatan itu sejak 2018.

    Terdiri daripada 30 menteri, Kabinet baharu ini menyaksikan penggabungan beberapa kementerian dan pengenalan kementerian baharu, terutama portfolio ekonomi.

    Pada Ahad, Presiden berkata keutamaan utama kabinet baharu adalah untuk mengurangkan kesan kenaikan harga dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.- Bernama

    Gambar ramai Presiden Mesir Abdel-Fattah el-Sissi (tengah) bersama kabinet baharu Mesir di Kaherah, Mesir kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...