Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kabinet Thai tarik balik rang undang-undang kompleks hiburan

    BANGKOK, 8 JULAI – Kabinet Thailand hari ini menarik balik rang undang-undang bagi membenarkan perjudian kasino, projek utama parti pemerintah yang mana minggu lalu menyaksikan perdana menterinya digantung daripada tugas.

    Rang undang-undang yang dipanggil ‘kompleks hiburan’ adalah penting bagi parti Pheu Thai, yang bertujuan untuk membenarkan kasino dan meningkatkan ekonomi negara itu yang merosot dengan menjadikannya hab perjudian serantau.

    Kebanyakan bentuk pertaruhan adalah haram di Thailand, dan Pheu Thai berhujah bahawa rang undang-undang itu akan menamatkan industri perjudian tertutup yang berkembang pesat dengan memasukkannya ke dalam arus perdana.

    Bagaimanapun, parti itu hanya mempunyai majoriti Parlimen yang berkurangan selepas ditinggalkan rakan pakatan berhubung isu yang menyaksikan perdana menteri digantung.

    “Kabinet telah menarik balik rang undang-undang itu kerana ia memerlukan lebih banyak kajian yang memerlukan pemahaman lanjut dan konteks sosial,” jurucakap kerajaan, Jirayu Huangsab, berkata dalam satu kenyataan.

    Timbalan Menteri Kewangan, Julapun Amornvivat, berkata mereka mempersetujuinya kerana ia bukan masa yang sesuai.

    Pemimpin Pheu Thai, Paetongtarn Shinawatra telah digantung tugas oleh Mahkamah Perlembagaan minggu lalu, sementara menunggu siasatan etika ke atas tingkah lakunya semasa panggilan diplomatik dengan negara jiran Kemboja.

    Perdana Menteri berusia 38 tahun itu cuba untuk membatalkan pertikaian wilayah yang mengakibatkan pertempuran sempadan membunuh seorang tentera Kemboja pada akhir Mei lalu. – AFP

    Julapun (kedua kanan), bercakap kepada media di Rumah Kerajaan di Bangkok, Thailand pada 8 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda