Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kabus tebal jejas penerbangan di New Delhi

    NEW DELHI, 26 DIS – Kabus tebal telah menjejaskan berpuluh-puluh operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi pada pagi ini berikutan jarak penglihatan berkurangan secara drastik.

    Ketibaan dan pelepasan berpuluh-puluh penerbangan, termasuk perkhidmatan antarabangsa, terjejas pada sebelah pagi dan lima penerbangan dilencongkan ke lapangan terbang Jaipur di negeri Rajasthan antara 8:30 pagi dan 10 pagi.

    “Walaupun pendaratan dan pelepasan diteruskan di lapangan terbang Delhi, penerbangan yang tidak mematuhi CAT III mungkin terjejas.

    Penumpang diminta menghubungi syarikat penerbangan masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini penerbangan,” menurut lapangan terbang itu dalam makluman nasihatnya.

    Kabus tebal berkemungkinan berterusan di wilayah barat laut India dan bahagian tengah India yang bersebelahan dalam tempoh tiga hingga empat hari akan datang, menurut jabatan cuaca hari ini.

    Pencemaran udara juga meningkat di Delhi dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini disebabkan keadaan cuaca sejuk, dengan kualiti udara yang jauh lebih buruk daripada tahap selamat. – Bernama

    Seorang penunggang basikal melintasi landasan kereta api di tengah asbut tebal pada pagi di Amritsar kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda