Friday, September 20, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kabus tebal punca nahas, 10 maut

    ANKARA, TURKIYE, 29 DIS – Satu kemalangan semalam yang melibatkan tujuh buah kenderaan di lebuh raya di barat laut Turkiye membunuh sekurang-kurangnya 10 orang dan mencederakan 57 yang lain, kata pegawai.

    Perlanggaran yang bertindah-tindih itu berlaku dalam kabus tebal dan jarak penglihatan yang rendah di Lebuhraya Marmara Utara di wilayah Sakarya, kira-kira 150 kilometer dari Istanbul.

    Siasatan telah dilancarkan dalam kemalangan itu tetapi Gabenor Yasar Karadeniz dari Sakarya berkata ia berkemungkinan berlaku apabila sebuah kenderaan melanggar trak dalam jarak penglihatan yang kurang jelas, mencetuskan kemalangan lain di bahagian belakang.

    Sekurang-kurangnya tiga buah bas terlibat dalam nahas itu.

    Pihak berkuasa percaya beberapa penumpang maut apabila meninggalkan kenderaan mereka dan dilanggar kenderaan lain, kata Karadeniz kepada pemberita di tempat kejadian.

    Tujuh daripada yang cedera berada dalam keadaan serius, kata gabenor.

    Sementara itu, polis dan anggota kecemasan kelihatan membersihkan serpihan di tempat kejadian. – AP

    Pegawai menyiasat di tapak kemalangan yang membabitkan tujuh kenderaan di Sakarya, Turkiye. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda