Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 SEPT – Persatuan Kanak-Kanak Cacat (KACA), Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Projek Menabung KACA 2025 (2021–2025) Fasa Ke-3 bersempena ulang tahun KACA kali ke-39 (1986–2025) di Pusat KACA, Kampung Kiulap, hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang, Presiden KACA, Dato Paduka Haji Zainal bin Haji Momin.
Turut hadir, Pengarah Urusan KACA, Haji Awang Abd Alim bin Haji Awang Othman selaku pengerusi majlis.

Pemenang Projek Menabung Sepanjang Tahun 2025 (2021–2025), Norazmie anak Jambon yang telah Berjaya mengumpul jumlah tabungan sebanyak $35,824.60.
Sementara, Nurul Azeerah binti Haji Shahri dengan jumlah tabungan sebanyak $26,446.71, Nur Azeerah Hezorra binti Heromme berjaya mengumpul jumlah tabungan, sebanyak $23,686.85, Md Zainul Mustaqim bin Zainal Abidin mengumpul jumlah tabungan sebanyak $21,840.90.
Manakala, Muhammad Hero Aleef bin Heromme mengumpul jumlah tabungan sebanyak $15,604.80, Sebanyak $13,000.00 pula jumlah tabungan bagi Norfazlina binti Kipli, dan Mohammad Faud Hizazi bin Matalam pula dengan jumlah tabungan sebanyak $11,842.08.
Projek Menabung KACA antara lain ertujuan menanam budaya menabung dalam kalangan kanak-kanak KACA supaya mereka memahami kepentingan berjimat untuk masa depan dan tidak membebankan orang lain.
Ibu bapa digalakkan membantu anak-anak menabung dan mengurus wang mereka sebagai langkah awal dalam perjalanan hidup.
Projek ini mula dilaksanakan pada 2011–2015 (Fasa Pertama), diteruskan pada 2016–2020 (Fasa Kedua) dan kini berada dalam Fasa Ketiga (2021–2025).
Projek akan diteruskan lagi pada tempoh lima tahun akan datang iaitu Fasa Keempat (2025–2030).
Secara keseluruhan, seramai 91 orang kanak-kanak telah menyertai projek ini, manakala 31 orang hadir membuka tabung dengan jumlah tabungan sebanyak $173,562.78 bagi tahun 2025.
Presiden, Jawatankuasa serta seluruh warga KACA merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong usaha ini.


