Saturday, November 16, 2024
29.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    KACA anjur Sukan Ria ke-13

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar Dainel Lim

    BELAIT, 28 MEI – Pusat KACA cawangan Belait telah mengadakan Sukan Ria KACA Cawangan Belait yang ke-13 di Rumah Banglo BSP semalam.

    Aktiviti tersebut memberi peluang kepada kanak-kanak KACA untuk mengembangkan potensi mereka dalam bidang sukan.

    Sukan ria itu diadakan sempena ulang tahun KACA yang ke-37 (1986-2023) dan dihadiri oleh 65 orang peserta, dengan 50 orang dari cawangan Belait dan 15 orang
    dari KACA Bandar Seri Begawan.

    Antara objektif utama aktiviti itu adalah untuk memperoleh kerjasama yang erat dari ibu bapa KACA dalam aktiviti dan program yang diadakan.

    Selain itu, sukan tersebut juga memberikan peluang kepada kanak-kanak KACA untuk melahirkan bakat mereka dalam sukan OKU dan berpotensi mewakili negara dalam acara sukan kebangsaan dan serantau pada masa depan.

    Turut hadir dalam acara tersebut ialah Pengarah Urusan KACA, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman, presiden jawatankuasa KACA, dan warga KACA yang lain.

    Aktiviti seperti sukan ria itu memberikan peluang kepada kanak-kanak KACA untuk berinteraksi, bersukan, dan meraikan kejayaan KACA dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti bagi kanak-kanak berkeperluan khas.

    Warga KACA dan para tetamu yang hadir pada majlis tersebut bergambar ramai.
    Salah satu aktiviti sukan yang diadakan pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda