Friday, February 7, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    KACA rai pemenang Peraduan Mari Bercerita

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Dis – Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA), hari ini, telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah bagi Peraduan Mari Bercerita Sempena Ulang Tahun KACA 2017 yang diteruskan dengan Majlis Penutup Program/Aktiviti bagi tahun 2017, Pusat KACA.

    Penyampaian hadiah pada majlis yang berlangsung di pusat berkenaan di Kampung Kiulap telah disempurnakan oleh Presiden KACA, Dato Paduka Haji Zainal bin Haji Momin.

    Turut hadir menyaksikan penyampaian hadiah berkenaan ialah Pengarah Urusan KACA, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman serta warga KACA.

    Antara lain tujuan peraduan berkenaan adalah untuk memberi galakkan dan mengembangkan kemahiran interaktif dalam kalangan peserta melalui projek kreativiti dan kesenian dengan sokongan dan bimbingan kakitangan, sukarelawan dan ibu bapa serta penjaga.

    Dato Paduka Haji Zainal semasa menyerahkan hadiah kepada salah seorang kanak-kanak KACA.

    Bagi peraduan berkenaan, lima orang kanak-kanak menerima hadiah berupa wang tunai iaitu Dayang Sharlin Zefanya binti Arweandy membawa pulang $50, Dayang Nurhabibah binti Abdullah sebanyak $40, Dayang Siti Norayshikin binti Mohd Saiful Jasmi sebanyak $30, Dayang Amal Fazana Shairah binti Abdullah sebanyak $15 dan Awang Mohd Hafiz Shafie bin Romei menerima $10.

    Di samping itu, majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada enam orang kanak-kanak Pusat KACA yang mempunyai kedatangan sangat baik, empat orang kanak-kanak cemerlang dalam mengikut program aktiviti luar pusat sepanjang tahun dan empat orang ibu yang aktif mengikuti program dan aktiviti di Pusat KACA sepanjang tahun.

    Antara lain tujuan peraduan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran kanak-kanak berbahasa, bertutur sekali gus menulis. Ia juga menggalakkan mereka menjana idea spontan dan yakin diri bertutur dan bercerita secara bersahaja dan meyakinkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda