Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 APRIL – Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA) Negara Brunei Darussalam, hari ini, mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena ulang tahunnya yang ke-39 di Pusat KACA, Kampung Kiulap.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Presiden KACA, Dato Paduka Haji Zainal bin Haji Momin.
Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Kesyukuran diikuti dengan Surah Yasin dan tahlil dipimpin oleh Haji Ali Hassan bin Mohd Said, salah seorang sukarelawan pusat berkenaan.
Turut hadir di majlis itu, Pengarah KACA, Haji Abdul Alim bin Haji Othman serta ahli jawatankuasa KACA, ahli KACA, ibu bapa, kakitangan dan sukarelawan KACA.
