Tuesday, February 25, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    KACA semai budaya menabung

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Nov – Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA) Negara Brunei Darussalam, petang tadi, telah mengadakan majlis penyampaian hadiah bagi Projek Menabung KACA 2017 sempena Ulang Tahun KACA ke-31.

    Hadir pada majlis yang berlangsung di Pusat KACA di ibu negara itu ialah Presiden KACA, Dato Paduka Haji Zainal bin Haji Momin.

    Pengarah Urusan KACA, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman dalam ucapannya selaku pengerusi majlis berkata, Projek Menabung KACA pada tahun ini berjaya mengutip sebanyak $22,686.28 dan tahun lalu sebanyak $15,681.02.

    Secara keseluruhannya, projek berkenaan telah berjaya mengumpulkan sebanyak $38,367.30 bagi kutipan tahun 2016-2017.

    Dengan adanya projek ini, katanya, ia menanam budaya menabung atau ilmu menabung agar kanak-kanak KACA faham bahawa dalam hidup ini perlu berjimat untuk masa depan dan tidak membebankan orang lain.

    Dato Paduka Haji Zainal menyampaikan hadiah kepada peserta Projek Menabung KACA 2017.
    Dato Paduka Haji Zainal menyampaikan hadiah Pertandingan Memasak dan Kraf Tangan kepada kepada salah seorang pesertanya.

    “Selain itu, ibu bapa membantu anak-anak menabung dan sekali gus mengurus wang mereka, sebab perjalanan kanak-kanak KACA masih jauh, kita mula dengan langkah pertama pada hari ini.

    “Setakat ini, seramai 54 telah menyertai Projek Menabung KACA dan diharap jumlahnya akan bertambah pada tahun-tahun yang akan datang,” tambahnya lagi.

    Awang Abdul Azim bin Bakar telah dipilih sebagai penabung KACA tertinggi diikuti oleh Dayang Nurul Azerah binti Haji Shahri di tempat kedua dan Awang Mohammad Zainal Muztaqim bin Zainal Abidin di tempat ketiga.

    Majlis juga diteruskan dengan penyampaian hadiah Pertandingan Memasak dan Kraf Tangan kepada ibu bapa dan penjaga KACA yang menyertai pertandingan tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda