Wednesday, May 21, 2025
31.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kad Hari Bapa pamer penghargaan

    Oleh Amri HTZ

    JASA seorang ayah dalam menunaikan tanggungjawabnya menjaga keluarga dan tanggungannya tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Penat lelah mencari rezeki demi memberi sesuap nasi untuk tanggungannya setentunya tidak dapat dibayangkan. Untuk menghargai diri mereka yang bergelar seorang ‘ayah’, raikan hari mereka dengan memberikan kad rekaan sendiri yang mudah dengan harapan ia mampu ‘menenangkan’ serba sedikit kelelahan selain mampu memberi keceriaan ke dalam hati mereka dengan ucapan-ucapan ikhlas yang diberikan.

    Barangan yang diperlukan

    Pada projek kali ini, bagi mereka kad berbentuk bingkai bagi meraikan hari bapa sedunia, barangan penting yang diperlukan ialah kayu aiskrim bersaiz besar, gam kayu, pisau pemotong, pita perekat, kertas lukisan (tebal), pengepit kayu (spring clamps) atau penyepit baju, wood burner, pembaris, pensel dan kertas pasir.

    Langkah mudah mereka kad

    Langkah pertama dalam proses pembuatan ialah memotong kayu-kayu yang telah disediakan tadi menggunakan pisau pemotong atau menggunakan mesin skrol. Potong sebanyak empat batang kayu dengan ukuran 3.5 inci dan empat batang 4.5 inci. Pastikan setiap bahagian hujung kayu dipotong dengan sudut 45 darjah. Setelah memotongkannya, simpankannya untuk proses yang seterusnya.

    Barangan yang diperlukan untuk mereka kad yang diperbuat daripada kayu (craft stick).
    Potongan kayu bahagian hujung dengan sudut 45 darjah diperlukan untuk bahagian depan dan belakang kad.
    Langkah ketika mencantumkan kad menggunakan gam kayu dan pengepit kayu (spring clamp).
    Kertas tebal (lukisan) digunakan bagi memastikan kad tersebut mampu bertahan lama semasa dikendalikan yang juga berfungsi sebagai ruangan ucapan.
    Melakar bahagian depan kad menggunakan wood bruner mampu memberikan kelainan pada rekaan tersebut.

    Pada langkah kedua, potongkan 10 batang kayu dengan ukuran 5 inci yang akan dijadikan bahagian muka depan dan belakang kad. Anda perlu berhati-hati ketika memotong kayu tersebut menggunakan pisau pemotong memandangkan ia agak keras yang boleh mematahkan mata pisau sekali gus boleh membahayakan anda. Gunakan pembaris dan pensel untuk menandakan dan mengukur kayu yang diperlukan.

    Langkah seterusnya adalah mencantumkan kesemua potongan kayu untuk bahagian depan kad tersebut. Susunkan sebanyak lima keping kayu yang telah dipotong dengan ukuran 5 inci tadi dengan mengekalkannya pada kedudukan menggunakan pita perekat. Setelah menyusunkannya, potongan kayu berukuran 3.5 inci dan 4.5 inci tadi akan dicantumkan menggunakan gam kayu pada permukaan depan kad dengan membentuk struktur bingkai gambar.

    Sapukan bahagian belakang kayu 3.5 inci dan 4.5 inci tadi menggunakan gam kayu dan lekatkannya pada bahagian depan kad (permukaan yang dicantumkan sementara menggunakan pita perekat) kemudian kekalkannya pada kedudukan menggunakan pengepit kayu (spring clamp) lebih kurang 12 jam.

    Lakukan langkah yang sama untuk bahagian belakang kad seperti langkah sebelumnya. Pastikan kedua-dua bahagian mempunyai ukuran yang sama bagi memastikan kedua-dua bahagian sepadan apabila dicantumkan nanti.

    Sementara menunggu gam mengering, anda boleh menggunakan masa menunggu ini untuk memotongkan kertas lukisan yang tebal untuk bahagian dalam kad. Langkah menggunakan kertas yang tebal ini adalah bagi memastikan kad yang direka bertahan lama apabila ia dikendalikan dan berfungsi sebagai engsel kad. Jika anda menggunakan kertas yang nipis, ia ditakuti mudah terkoyak sekali gus boleh menjejaskan rekaan anda.

    Apabila gam pada permukaan depan dan belakang mengering, lekatkan kertas lukisan tersebut pada bahagian dalam kad menggunakan gam. Lipatkan kertas tersebut dengan berhati-hati dan pastikan ia benar-benar berada di tengah (lipatan kertas) bagi memastikan ia selaras. Berikan masa untuk gam mengering sebelum beralih ke langkah seterusnya.

    Setelah gam mengering, anda boleh beralih ke proses melakar ucapan bada bahagian depan kad. Langkah ini membolehkan anda menggunakan teknik melakar secara bebas atau menggunakan kertas bercetak ucapan yang akan dijadikan stensil bagi memudahkan anda melakar permukaan kad tersebut. Setelah wood bruner cukup panas untuk digunakan, ikuti lakaran atau stensil yang telah dibuat menggunakan bahagian hujung wood burner tersebut dengan perlahan.

    Jika anda tidak memiliki wood burner, anda boleh melakarnya dengan menggunakan pen penanda dengan bahagian hujung (mata pen) yang cukup besar. Gunakan pensel sebagai langkah untuk melakar sementara jika takut lakaran menggunakan pen penanda secara bebas kurang cantik dan sebagainya.

    Untuk langkah terakhir, gosok permukaan kad dengan menggunakan kertas pasir pada bahagian yang dirasakan kasar atau tajam. Kemudian, isikan kad tersebut dengan ucapan-ucapan yang dirasakan sesuai dan mampu menyampaikan niat bagi menghargai jasa seorang ayah yang telah banyak berkorban untuk membesarkan anda!

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/scatter-hitam/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-zeus/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-garansi-kekalahan/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-5k/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-10k/