Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Pusat Membeli-belah Aman Hills hari ini melancarkan Kad Istimewa Aman Hills pertamanya di Atrium Ground Floor dengan dihadiri oleh para pengarah urusan, pengelola, para penyewa, tetamu undangan dan media.
Majlis pelancaran dimulakan dengan ucapan Pengarah Urusan Aman Hills, Awang Hambali bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh sebelum para tetamu menyaksikan video mengenai pembangunan di pusat berkenaan dengan sesi foto sebagai penutup acara.
Kad Istimewa Aman Hills adalah yang pertama diperkenalkan untuk memupuk kesetiaan dan merupakan salah satu cara pusat berkenaan menunjukkan penghargaan kepada pelanggannya dengan mata ganjaran dan baucar.

