Sunday, July 7, 2024
33.2 C
Brunei

    -

    Kad pengenalan ‘monyet’ dedah kelemahan peraturan beli kad SIM

    MANILA, 8 SEPT – Penggubal undang-undang Filipina telah dimalukan selepas kad pengenalan yang mengandungi gambar ‘monyet’ digunakan untuk melanggar peraturan pendaftaran kad SIM baharu yang bertujuan untuk memerangi penipuan pesanan teks yang berleluasa.

    Di bawah undang-undang yang ditandatangani oleh Presiden Ferdinand Marcos pada Oktober 2022, pengguna telefon bimbit dimestikan untuk memberikan foto dan butiran peribadi apabila membeli kad SIM baharu.

    Peraturan itu juga digunakan untuk puluhan juta orang pengguna sedia ada, yang berisiko terputus sambungan jika mereka tidak mendaftar sebelum 25 Julai.

    Namun, daripada menghentikan mesej teks spam dan penipuan, pengawal selia telekomunikasi memberitahu sesi pendengaran Senat mi-nggu ini bahawa terdapat ‘peningkatan mendadak’.

    Untuk menunjukkan betapa mudahnya memperdaya sistem pemeriksaan automatik penyedia telekomunikasi, video yang menunjukkan seorang pegawai polis menggunakan kad pengenalan dengan gambar ‘monyet’ yang tersenyum untuk mengaktifkan pelbagai kad SIM dimainkan kepada senator yang marah.

    “Kita mempunyai sistem yang teruk sekiranya kita boleh melihat seekor monyet dan masih memberikan kelulusan kepada permohonan,” Senator Joel Vilanueva memberitahu semasa sesi pendengaran pada Selasa.

    Senator Grace Poe, salah seorang pengarang utama undang-undang kad Sim, meluahkan rasa kesal terhadap penipuan teks berterusan memperdaya pengguna telefon bimbit dengan menawarkan pekerjaan palsu, menang loteri, memberikan pinjaman ‘malahan kadangkala memberikan cinta palsu’. Ketua

    Suruhanjaya Telekomunikasi Kebangsaan, Ella Lopez berkata terdapat lebih 118 juta pendaftaran kad SIM pasca bayar dan pra bayar di Filipina.

    Selepas tarikh tutup pada Julai, terdapat banyak aduan yang dibuat kepada penyelia oleh pengguna telefon bimbit yang ditipu, kata Lopez. – AFP

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...