Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Kadar duti kastam dan eksais dipinda

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – Kementerian Kewangan dan Ekonomi mengumumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi penyelarasan dan perubahan kepada kadar-kadar duti import kastam dan eksais yang akan berkuat kuasa mulai 17 Mei 2023.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, Kementerian Kewangan dan Ekonomi menyatakan bahawa pindaan kepada kadar duti import kastam dan eksais berkenaan bermatlamat bagi mengemaskinikan struktur duti barangan di Negara Brunei Darussalam dengan ASEAN Harmonised Tariff Nomenclature (AHTN) 2022.

    Ia juga bagi meningkatkan daya saing iklim perniagaan dan pelaburan Negara Brunei Darussalam di samping memenuhi komitmen-komitmen tertentu di bawah perjanjian-perjanjian perdagangan bebas (FTAs) dengan beberapa buah negara sama ada secara dua hala atau berbagai-bagai hala.

    Pengemaskinian kadar duti import kastam dan eksais berkenaan juga menyasarkan kepada beberapa produk tertentu yang mempunyai beberapa matlamat antaranya ialah mengawal penggunaan barangan tertentu bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini, penjimatan tenaga bagi mengurangkan jejak karbon di Negara Brunei Darussalam serta pada masa yang sama untuk membantu dalam mengurangkan harga bagi sebahagian barangan pengguna.

    Maklumat lanjut mengenai perubahan kadar-kadar duti berkenaan boleh didapatkan daripada laman sesawang, www.bdnsw.mofe.gov.bn atau www.tradingacrossborders.mofe.gov.bn.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Kaunter Perkhid-matan Pelanggan di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja di talian 2382361 semasa waktu pejabat atau e-mel kepada info@customs.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...